Mencari Cinta
Cinta:
Cinta adalah perasaan semulajadi yang wujud dalam diri.
Seseorang yang mengalami cinta akan tertarik kepada yang dicintainya dengan penuh perasaan dan kegembiraan
Anugerah Cinta:
Cinta adalah perasaan sayang yang terbit dari hati tanpa dipaksa.
Cinta adalah anugerah suci dari Allah.
Semua manusia merasai kenikmatan cinta tanpa mengira peringkat usia.
Cinta Tuhan Cinta Sejati, Cintakan Insan Ke Arah Kebaikan
Cinta kepada Allah adalah cinta yang paling agung antara cinta-cinta lain.
Sesiapa yang mengalami cinta ini akan menjadikan kehidupan mereka berlandaskan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah.
Ajaran agama menjadi ukuran setiap tindak tanduk seharian.
Cinta Kepada Ibu Bapa, Keluarga dan Semua Insan
….. Adalah perasaan kasih kepada seseorang kerana ikatan agama, kekeluargaan, persaudaraan dan persahabatan
Cinta Kepada Negara
Perasaan patriotik terhadap negara untuk mempertahankan maruah tanahair dari sebarang bentuk penjajahan.
Perasaan patriotik terhadap negara untuk mempertahankan maruah tanahair dari sebarang bentuk penjajahan.
Cinta kepada harta benda yang keterlaluan akan membentuk individu yang mementingkan diri sendiri dan menuruti kemahuan nafsunya tanpa mengambilkira kepentingan orang lain.
Cinta Remaja
Salah satu perubahan psikososial yang ketara di alam remaja ialah timbulnya rasa tertarik kepada gadis atau teruna berlainan jantina. Dalam mencari cinta, remaja mesti tahu membezakan antara dorongan seksual, jatuh hati, cinta monyet dan cinta sejati.

Jatuh Hati
cinta tidak semestinya dibalas. Bersedialah untuk menerima penolakan cinta dari orang yang anda puja. Ini membantu meningkatkan keyakinan diri.
Cinta Sejati
Cinta sejati tidak semestinya dimaterai oleh perkahwinan. Perasaan cintanya akan merelakan dia berkorban demi cintanya untuk kebaikan orang yang dikasihinya tanpa mengorbankan maruahnya.
Cinta sejati tidak semestinya dimaterai oleh perkahwinan. Perasaan cintanya akan merelakan dia berkorban demi cintanya untuk kebaikan orang yang dikasihinya tanpa mengorbankan maruahnya.
Cinta Yang Lahir Dari Naluri Insan
adalah berdasarkan nilai-nilai murni yang dizahirkan oleh orang yang dicintainya.
Cinta Suci
cinta yang tidak dicemari oleh tingkah laku negatif yang boleh memusnahkan nilai-nilai cinta dan cita-cita masa hadapan.