Saturday, June 27, 2009

Tazkirah bersama.....

Dari Abu Umamah al-Bahili r.a, katanya dia mendengar

Rasulullah s.a.w bersabda:
”Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Aali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir).”



(Muslim)

CINTA

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai yang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:
Suami: 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi... Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:
'Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu....

sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?


Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati...'

Sunday, June 14, 2009

Rehlah kt Tekala....




hari nie sye serta adk2 blik telah rehlah di sungai tekala....


seronoknye dpt main air....


dh lama teringin nk g sungai...


akhirnya dpr jgk g....


rasa xpuas main air...


sejuk tul airnya......




kalau boleh xnak naik.................

Saturday, June 13, 2009

Lama Tak Tulis

sekarang sudah hampir sebulan bermula sesi kemasukan mei 09/10....
jadual kelas pun sudah penuh....
subjek yg diambil masih 6=18jam kredit....
sungguh mancabar subjek sem ini....
3subjek arab..3 subjek undg2 dlm m'sia....
smpai class pd wktu mlm.....
dalam pada yg sama...
masih perlu menyiapkan draf untk tesis....
hari tu draf utk bab 1 telah siap diperiksa....
aduhhhhhhhhhhhhhh.....
banyak kena betulkan......
pening kepala fikir nak huraikan isi....
tp akan dicuba dgn sebaik2 nya....

dgn menguruskan hal ehwal blok lg...
mcm2 perubahan dilakukan...

kesabaran menguji hati ini

ganbati....ganbati......

Fatwa Baru

Kecoh MUI jakarta mengeluarkan fatwa baru.

Setelah diadakan rapat dan diskusi diantarapara pemimpin MUI dan dewan pakarnya, memberikan fatwa pada tanggal 10 Mei tahun 2009:


"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"

Fatwa MUI ini telah menimbulkan perdebatan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahwa MUI telah menggelabah mengambil keputusan tersebut. Untuk mencari tahu alasan MUI mengeluarkan fatwa tersebut, maka wartawan republika mewancari sekretaris umum MUI Prof. Dr. Din syamsudin

Inilah isi wawancara tersebut:


Wartawan: "Pak syamsudin, bagaimana MUI bisa mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?"

Dr. Din Syamsudin: "Bagaimananya enggak haram! Menikahi empat orang gadis aja udah berat, apalagi maunya satu kampung! Waduh, banyak jumlahnya....."

Dr. Din kini dirawat di Rumah Sakit Mental, Surabaya.

Sekian, Terima Kasih....

Saturday, March 21, 2009

sayang,,,abang minta izin nikah satu lg..

Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri.
Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.
Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih.
Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
breast breast... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,
´Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.abang yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...abang yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.abang yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putramengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkanabang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

Kepercayaan,Keyakinan atau Beriman

Ramai manusia akan mengatakan bahawa kehidupan adalah ciptaan dan kehendak tuhan. Tuhan itu ujud dan berkuasa. Bagaimana setiap orang menganggap tuhan itu, bergantunglah pada ilmu memasing yang diwarisi.Bagi penganut-penganut agama mereka percaya tuhan dan hari kiamat, surga dan neraka.Sesungguhnya agama itu datang dari tuhan yang satu melainkan manusia yang mengubah kebenaran yang satu.Memasing mengatakan jalanmereka betul dan mereka sebenarnya tidak menggunakan akal fikiran sehabis-habisnya dalam mengesakan tuhan.Dunia akan kiamat disuatu hari nanti.
Semua manusia dan ciptaan akan musnah dan manusia akan hidup kembali untuk perhitungan. Sejauh mana manusia yakin dan merasa takut dengan kedatangan hari tersebut adalah sukar dianalisakan.Dikalangan umat Islam sendiri dapat dilihat bagaimana mereka menghabiskan usia hidup selama didunia sedangkan peringatan tuhan adalah lebih jelas didalam ajaran Alquran berbanding dengan ajaran-ajaran lain. Umat Islam sendiri tidak akan beriman dengan kitab selain Alquran kerana mereka telah yakin dengan ajaran agama Islam dan mengenal tuhan yang layak disembah.Begitu juga dengan agama selain Islam tidak akan menukar keyakinan dan pegangan mereka melainkan Allah memberi hidayah. Dalam apa jua agama, derjat kesedaran manusia tentang tuhan,tentang janji tuhan, hal hari kiamat ,mengikut ajaran yang sebenarnya dan berbagai perkara yang akanberlaku dihari kiamat adalah sama sahaja.Ada manusia hanya percaya sahaja dan hatinya masih kuat meragui kebenaran dan ini adalah sebenarnya tidak beriman.Ada pula percaya dan hati lebih berat kepada kebenaran.
Ini berkemungkinan akan cepat mendapat kesedaran. Ada pula yang yakin tapi masih lalai dan merasakan ada kesempatanuntuk membuat persediaan. Kepercayaan sebegini umpama iman turun, naik dan berada dalam kelalaian dan cinta dunia.Amatlah sukar bagi umat akhir zaman untuk beriman seperti mana dizaman para nabi namun Allah memberi banyak peluang kepada umat manusia berfikir dan sedar akan peringatan tuhan itu adalah benar. Allah telah melakukan berbagai cara dalam menyedarkan manusia dan kebanyakan manusia disedarkan dengan dihambat kepada kesedaran.Manusia akan lambat sedar dan akan terus lalai sekiranya diberi anugerah nikmat.Mereka yang beramal tanpa ilmu dan memahami serta menggunakan akal fikiran untuk menuju jalan kebenaran akan mudah digoda oleh keinginan dunia. Semakin hampir ia menuju kebenaran semakin besar ujian yang diterimasehingga iman digoncang dengan egoncangnya.Beruntunglah orang-orang yang Allah jayakan usaha mereka membersihkan diri dari sifat-sifat kehinaan manusia yang mana diciptakan tiada daya upaya untuk mengatasi semua itu.Manusia tidak boleh mengambil alasan tiada daya upaya itu sebagai meninggalkan usaha amal kejalan kebenaran.
Kerana itu adalah semata-mata tuhan memberianugerah sifat lemah untuk mansia sedar dan kembali menyerah diri kepada Allah yang lebih berkuasa.Jika telah sedar akan hakikat kelemahan itu maka segeralah memikirkan jalan bagaimana boleh Allah memberi kekuatan kepada manusia melawan segala kehendak diri dan berserah kepada tuhan dengan tanpa mengutukanAllah dengan apa jua bentuk pengutuan sama ada yang nampak atau tersembunyi dalam hati berbentuk akidah bertuhan.Adalah amat sukar sekali bagi manusia untuk menyempurnakan hak jiwa sebagaimana asalnya yang datang bersih dan kembali bersih. Pembersihan jiwa yang mencapai makrifat dan hakikat adalah memerlukan pengorbanan yang besar dan tidak ramai dikalangan manusia yang sanggup mengambil jalan itu. Jalan sebagaimana amalan ahli-ahli sufi. Diakhir zaman gulungan sufi dan ahli yang mempelajari ilmu tasawuf adalah tidak serupa jika dibandingkan dengan zaman ulama-ulama terdahulu.Perbezaan zaman bukanlah alasan bagi umat akhir ini untuk mencapainya. Sememangnya zaman dahulu bentuk hiburan dan kemajuan dunia berbeza namun hakikat keinginan cinta dunia adalah serupa.Ujian kepahitan dan kesusahan adalah lebih hebat dizaman dahulu namun mereka boleh lalui.Usahlah keliru dengan perubahan zaman yang serba maju dengan berbagai pancaroba kehidupan canggih.Kesibokan manusia tidak akan tamat dalam mencari kecukupan dan keperluan hidup.Akhirnya manusia dilalaikan dari tanggung jawab hidup beribadat kerana Allah semata-mata dan keperluan dunia bukan Allah jadikan sebagai keutamaan melainkan kadar memberi kehidupan.Konsep ajaran Islam telah jelas dan manusia hanya perlu memahami dan menunaikan kehendak tuhan dalam ibadahnya.
Apa yang dikehendaki tuhan adalah akhirat negara yang kekal dan nikmat yang sebenar.Manusia tidak perlu usaha dan bersusah payah melainkan didunia tempat mereka bersusah payah.Maka layaklah bagi orang yang sabar,ikhlas dan berkoban kerana yakin akan janji Allah untuk balasan surga. Kesenangna dunia hanya sebagai jalan kemudahan mereka menunaikan kerja ibadah sahaja dan tidak mengambillebih dari itu melainkan dibelanjakan kejalan agama Allah.Manusia yang benar-benar telah beriman dan mengesakan Allah dalam semua amal perbuatannya pasti tiada kebimbangan dan ketakutan kerana telah yakin bahawa Allah akan menolong serta memberi kejayaan dunia akhirat.Kesusahan bagi orang beriman adalah nikmat merasakan diri dikasihi Allah dan kurnia kesenangan pula bukanlah kerana nikmat kelazatan kurnia itu sebaliknya dapat melihat kasih sayang Allah kepada hambanya.Adalah menjadi kewajiban orang yang telah sedar menyedarkan yang lain.
Yang kekurangan diwajibkan menuntut ilmu sehingga mata hati yang melihat. Hanya mata hati sahaja yang dapat melihat kebenaran Allah kerana hati akan memandang dengan ilmu Allah.

Monday, March 9, 2009

sekarang musim cuti semesta....maka bermulalah kehidupan ku dirumah....
tetapi.....
tidak juga boleh senang lenang...
pada 23/3...kene hantar draf bab 1 utk tesis.......
emmmm....ade jgk keje yg nk dibuat.....
10-12/3....
ade kursus kepimpinan kt lembah pangsun....
satu cabaran...............

Saturday, February 28, 2009

Mencari Cinta
Cinta:

Cinta adalah perasaan semulajadi yang wujud dalam diri.
Seseorang yang mengalami cinta akan tertarik kepada yang dicintainya dengan penuh perasaan dan kegembiraan
Anugerah Cinta:

Cinta adalah perasaan sayang yang terbit dari hati tanpa dipaksa.
Cinta adalah anugerah suci dari Allah.
Semua manusia merasai kenikmatan cinta tanpa mengira peringkat usia.
Cinta Tuhan Cinta Sejati, Cintakan Insan Ke Arah Kebaikan

Cinta kepada Allah adalah cinta yang paling agung antara cinta-cinta lain.
Sesiapa yang mengalami cinta ini akan menjadikan kehidupan mereka berlandaskan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah.
Ajaran agama menjadi ukuran setiap tindak tanduk seharian.
Cinta Kepada Ibu Bapa, Keluarga dan Semua Insan
….. Adalah perasaan kasih kepada seseorang kerana ikatan agama, kekeluargaan, persaudaraan dan persahabatan
Cinta Kepada Negara
Perasaan patriotik terhadap negara untuk mempertahankan maruah tanahair dari sebarang bentuk penjajahan.

Cinta kepada harta benda yang keterlaluan akan membentuk individu yang mementingkan diri sendiri dan menuruti kemahuan nafsunya tanpa mengambilkira kepentingan orang lain.
Cinta Remaja
Salah satu perubahan psikososial yang ketara di alam remaja ialah timbulnya rasa tertarik kepada gadis atau teruna berlainan jantina. Dalam mencari cinta, remaja mesti tahu membezakan antara dorongan seksual, jatuh hati, cinta monyet dan cinta sejati.
Jatuh Hati
cinta tidak semestinya dibalas. Bersedialah untuk menerima penolakan cinta dari orang yang anda puja. Ini membantu meningkatkan keyakinan diri.
Cinta Sejati
Cinta sejati tidak semestinya dimaterai oleh perkahwinan. Perasaan cintanya akan merelakan dia berkorban demi cintanya untuk kebaikan orang yang dikasihinya tanpa mengorbankan maruahnya.
Cinta Yang Lahir Dari Naluri Insan
adalah berdasarkan nilai-nilai murni yang dizahirkan oleh orang yang dicintainya.
Cinta Suci
cinta yang tidak dicemari oleh tingkah laku negatif yang boleh memusnahkan nilai-nilai cinta dan cita-cita masa hadapan.

Thursday, February 5, 2009

........Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA dan adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA.....
.......bersyukur pada orang yang MENYAKITI mu kerana dia yang MENABAHKAN kamu....bersyukur pada orang yang tak MENGENDAHKAN kamu kerana dia yang MEMUPUK kamu BERDIKARI.....
......bersyukur pada orang yang MENYIKSA mu kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu......